"Just because someone tells you they love you doesn’t mean they actually do. Remember, we are not in the same shoes." - . //aaifii
Blog theme by shinku.
Colors colorpicker. Icons quirinius.
Friday: SIAPA ?


EPISOD 2


“Aku dekat mana ni?”  

Aku tengok sekeliling, gelap. Aku, dalam sebuah bangunan lama yang dah usang. Aku lekas-lekas bangun dari tempat pembaringan aku. Macamana aku boleh ada dekat sini?
Aku terus berjalan mencari jalan keluar tapi masih tak jumpa. Lutut aku mula terketar ketakutan, aku kuatkan diri untuk terus berjalan. Dari jauh aku nampak susuk tubuh seorang lelaki yang aku pernah lihat. Aku berhenti menapak, aku tenung lama susuk tubuh tu.

“Takkan lah?”

Aku melangkah setapak ke belakang. Lelaki tersebut menoleh ke arah aku. Di tangan lelaki tu, ada botol kaca yang sudah pecah. Dia berlumuran darah! Tak jauh dari dia ada sekujur tubuh terbaring berlumuran darah.

“Itu apa? Dia ni...”

Aku menapak lagi ke belakang. Lelaki tu berjalan ke arah aku. Dia tersenyum sinis sambil mengelap percikkan darah pada mukanya. Aku menggigil ketakutan. Aku mengerling sekeliling, mencari apa yang boleh dibuat senjata. Tak jauh dari aku ada sebatang besi, tapi kalau nak ambil besi tu aku kena lari, kalau aku lari mesti dia kejar!

“Fikir Adila fikir!”

Aku memberanikan diri untuk berhenti berjalan untuk melihat siapa lelaki tu. Dia masih terus berjalan ke arah aku. Hati aku menjerit suruh aku lari, tapi aku mahu tahu siapa lelaki tu. Lelaki tu dah semakin dekat dan aku dapat lihat wajah dia dengan jelas.

“Kau?”

Aku terpempan melihat dia. Aku menapak ke belakang dengan laju dan semasa aku hendak melarikan diri dia terus membuka langkah dan berlari mendapatkan aku dengan tak semena satu tusukan tepat kena pada belakang badan aku. Masa seakan berhenti, aku terkulai tak mampu untuk bergerak.

Aku terjaga. Jantung aku laju, tubuh aku dibasahi peluh. Aku bermimpi, ya. Aku bermimpi. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku tidak menghiraukan mimpi tu dan cuba untuk tidur, tapi aku masih terganggu dengan mimpi tersebut. Aku masih berkira-kira dengan lelaki yang aku nampak dalam mimpi tu dan, siapa yang terbaring kaku tu?


“Adila? Kau ada kelas tak pagi ni?”

Maria sedang bersiap-siap hendak ke kelas. Aku kerling jam, aku tertidur selepas mimpi ngeri malam tadi. Aku tarik selimut dan tak hiraukan soalan Maria.

“Aku pergi kelas dulu tau. Aku ada buat air panas tu, nanti jangan lupa breakfast.”

Maria keluar dari bilik, pintu di tutup rapat. Aku bangun dari katil dan mencapai tuala untuk mandi. Aku berdiri di cermin melihat wajah aku. Aku mengeluh. Sejak dari kemalangan tu, aku kerap mimpi perkara yang mengerikan termasuk dengan kelibat yang aku selalu nampak dekat mana-mana je. Usai mandi aku bersiap-siap untuk ke kelas. Aku berdiri di hadapan cermin untuk menyisir rambut, tiba-tiba aku nampak seorang perempuan berselendang kuning di dalam cermin. Aku terdiam kaku tidak bergerak.

“Siapa kau?”

Aku masih lagi tak bergerak walau seinci dari cermin tersebut. Perempuan tu tersenyum manis melihat aku.

“Aku, bukan siapa-siapa.” Dia masih lagi tersenyum.
“Kenapa kau ikut aku?”
“Aku, sama sekali tidak mengekori engkau.”
“Habistu? Kenapa aku selalu nampak kau?”
“Itu kerana, engkau berbeza.”
“Maksud kau?”

Aku tersentak mendengar bunyi telefon bimbit aku berdering. Aku tengok semula dalam cermin, perempuan tu, dia dah hilang. Siapa perempuan tu?

Habis waktu kelas, aku berlari ke kedai buku dan membeli peralatan melukis. Selepas mendapatkan semua peralatan melukis, aku berjalan ke sebuah taman di belakang kolej. Aku duduk di sebuah wakaf menghadap tasik biru buatan. Aku bersandar dan memulakan potrait perempuan berselendang kuning tersebut. Selesai melukis wajah perempuan tersebut, aku terdiam mengingatkan kata-katanya.

“Aku berbeza apa? Maksunya?”

Aku berfikir sejenak.

“Mungkin sebab you pandai lukis potrait yang sebiji macam gambar di cuci?”

Aku tersentak. Aku toleh ke belakang, lelaki ni!

“Boleh i tengok?”

Dia duduk di sebelah aku tanpa dipelawa. Lelaki ni, yang tegur aku semasa di perpustakaan. Aku diam tak menjawab sepatah pun.

“Cantik. Tak sangka you pandai lukis.”

Aku masih lagi diam. Dia membelek-belek lukisan tersebut.

“Kenapa you tak bercakap eh?”
“Huh?”
“Haa lepastu suka cakap ‘Huh’ tu.”
“Huh? Em, suka hati lah.”

Aku membetulkan kedudukan aku. Dia tergelak melihat gaya aku.

“Boleh i tahu, you lukis potrait siapa ni?”
“Bukan siapa-siapa.”

Aku menundukkan pandangan aku. Pencil karbon tu aku pusing-pusing di jari. Lelaki tu masih membelek lukisan aku.

“You class art ke?”
“Huh? Oh em.”

Aku mengangguk sedikit.

“I pun class art. Tapi kenapa i tak pernah nampak you eh?”
“Kenapa nak kena nampak? Ramai lagi budak art dalam U ni.”

Dia tersenyum memandang aku.

“Oh, by the way, i Iskandar. Boleh panggil Is.”

Dia menghulurkan tangan isyarat untuk bersalam.
“Em.”

Aku mengangguk tanpa memandang dia. Dia tarik semula tangan dia.

“Em je?”

Lagi sekali, dia tergelak.

“Apa yang kelakar sangat?”
“Okay sorry, i tak gelak dah.”

Aku mengambil semula lukisan aku dan kemas barang-barang untuk beredar dari situ.

“Nama you?”
“Huh?”
“Nama you apa?”

Tanpa menghiraukan soalan dia, aku terus bangun meninggalkan dia di pondok wakaf tersebut.

“I selalu lepak sini tau!”

Lelaki tu teriak dari pondok tadi. Aku tak hiraukan dia dan terus berjalan balik ke bilik. Dalam perjalanan pulang ke bilik, aku terserempak lagi dengan mak Siti. Aku masih runsing, siapa dia dan kenapa dia kenal aku. Aku berjalan laju berpura-pura tak nampak dia.

“Adila”

Mak Siti mendekati aku. Di tangannya ada bungkusan terikat rapi. Aku terpaksa mematikan langkah.

“Ni mak Siti ada masak untuk kamu. Ambillah.”

Dia menghulurkan bungkusan tersebut.

“Tak apa lah mak cik. Saya dah makan.”

Aku cuba menolak pelawaan tu cara baik. Aku teliti wajah mak Siti, tapi masih belum pasti sama ada aku lupa dia atau memang aku tak kenal dia.

“Janganlah macamtu, ambillah ye. Nah.”

Dia mengambil tangan aku dan memberikan bungkusan tersebut. Kemudian dia berjalan meninggalkan aku dengan bungkusan terdapat pada tangan aku.

“Terima ka...”

Belum sempat aku habiskan ayat aku, bila aku toleh, mak Siti dah tak ada. Dia hilang, macamtu je. Siapa sebenarnya mak Siti ni? Apa kaitan dia dengan aku?


-Bersambung- 



← Newer Post
Older Post →